KOPERASI PEMBANGUNAN DAERAH SEREMBAN BERHAD

Hubungi Kami

+606-7677233

Lokasi Kami

NO. 1A, LOT 5223, TINGKAT ATAS, TAMAN DUSUN NYIUR, 70100 SEREMBAN

SELAMAT DATANG KE KOPERASI PEMBANGUNAN DAERAH SEREMBAN BERHAD (KPDSB)

KPDSB adalah sebuah entiti perniagaan yang ditubuhkan untuk menjaga kebajikan ahli-ahlinya berdasarkan konsep kerjasama dan semangat tolong-menolong.

MENGENAI KAMI

PENGENALAN
KOPERASI

KPDSB, yang dahulu dikenali sebagai Koperasi Pembangunan Daerah Gotong Royong Berhad telah didaftarkan pada 15hb Januari, 1987 dengan nombor pendaftaran KD 197.
Koperasi ini beroperasi di No. 1A, Lot 5223, Tingkat Atas, Taman Dusun Nyiur, 70100 Seremban, Negeri Sembilan. Sehingga Januari 2024, keahliannya adalah seramai 198 orang.
MAKSUD LOGO
Huruf KPDS Yang Berkait Rapat Melambangkan Kerjasama Erat Antara Anggota-anggota KPDSB Untuk Meningkatkan Ekonomi Bersama

WARNA MERAH

WARNA BIRU

Melambangkan Semangat Untuk Membangunkan KPDSB Ke Mercu Kecemerlangan

Melambangkan Keharmonian Antara Anggota-Anggota KPDSB

MAKSUD LOGO
Huruf KPDS Yang Berkait Rapat Melambangkan Kerjasama Erat Antara Anggota-anggota KPDSB Untuk Meningkatkan Ekonomi Bersama

WARNA MERAH

WARNA BIRU

Melambangkan Semangat Untuk Membangunkan KPDSB Ke Mercu Kecemerlangan

Melambangkan Keharmonian Antara Anggota-Anggota KPDSB

MISI

Meningkatkan prestasi ekonomi anggota-anggota koperasi berdasarkan prinsip-prinsip koperasi selaras dengan era globalisasi dan liberalisasi pasaran semasa.

VISI

Berusaha mengekalkan prestasi cemerlang dengan aktiviti yang berdaya saing.

Berusaha mengukuhkan kedudukan kewangan.

Meningkatkan perkhidmatan kepada anggota.

Memantapkan aktiviti perniagaan.

AKTIVITI PERNIAGAAN KPDSB

PEMBINAAN

KPDSB berjaya mengubahsuai Rumah Kanak-Kanak, Rembau. Projek ini telah berjaya disiapkan pada tahun 2022.

SEWAAN PERMIT

KPDSB mempunyai kawasan tanah kuari yang dibuka untuk aktiviti perlombongan.

PERTANIAN

KPSDB  menjalankan aktiviti penanaman Nanas SG 1 dan mempunyai  ladang Nanas SG1 sendiri di Mantin, Negeri Sembilan. Selain itu, KPDSB juga melaksanakan penanaman sayur yang dijangka siap pada tahun ini.

PELABURAN

KPDSB merupakan pelabur dalam Program Usahawan Hibrid Plexus Legacy. Produk yang dijual termasuklah produk kesihatan, kecantikan dan gaya hidup aktif berasaskan buah Sacha Inchi.

EDISI PERTAMA

Buletin Koperasi

E-Buletin Pertama yang diwujudkan oleh koperasi. E-Buletin ini mengandungi pelbagai maklumat tentang KPDSB termasuk sejarah penubuhan, aktiviti, pencapaian dan lain-lain.

0
Keahlian
0
Tahun Penubuhan
0
Ahli Lembaga Koperasi
0
Aktiviti Perniagaan
KOPERASI PEMBANGUNAN DAERAH SEREMBAN BERHAD
Copyright © 2024 | kpdsb.coop.my | Powered by CTRM Koop